Bantahan awam Lynas

Penduduk membantah kerana 11 syarat ketat yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) masih belum dipenuhi. Laporan IAEA juga tidak perlu kerana tidak menyimpan sebarang tenaga nuklear . Wartawan Karam Singh Walia menemubual Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Dr Che Rosli Che Mat yang menjelaskan bahawa radiasinya sangar rendah daripada asap rokok selama 4 jam. Namun ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyatakan pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada ramai pakar termasuk pakar kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.[3]

Pada 23 April 2011, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Lynas ditutup terus[4] bagi mengelak nasib Bukit Merah, Ipoh pada `1985 berulang.Presiden SAM, S.M. Mohamed Idris

Projek Lynas telah dipercepatkan untuk kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diberi kelulusan awal Februari 2008 juga. Ekoran bantahan penduduk itu, pameran Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Radiologi loji pemprosesan nadir bumi Lynas pada 30 Mei - 30 Jun 2011 di beberapa lokasi strategi. Antaranya di perpustakaan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang. Pameran turut diadakan di ibu pejabat Polis Pahang, Perpustakaan Negara Malaysia, Pondok Polis Kawasan Prindustrian Gebeng, Balai Penghulu Penghulu Mukim dan semua Pejabat Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Negeri Pahang.[5]

Pakar tempatan menyatakan kadar radioaktif torium pada bijih yang akan diimport adalah 0.16 peratus berbanding enam hingga lapan peratus yang ditunjukkan oleh beberapa laporan bebas kerajaan asing.Pengerusi Persatuan Peguam Pahang, Hon Kai Ping mahu tempoh kajian dilanjutkan. [6]

Berkaitan